Kehidupan peribadi Eyka_Farhana

Beliau dilahirkan sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[5]

Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun.[6] Selain itu, beliau menjadikan pelakon Fazura sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[7][8]

Eyka dikejarkan ke hospital pada 15 Mei 2019, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut. Beliau menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan baru saja selesai melakukan ujian ultra bunyi.[9] Eyka membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan bagi mengubati masalah kesihatan dihadapi di bahagian perut. Ia dilakukan atas kebenaran pihak doktor bagi membolehkan beliau menghabiskan penggambaran drama Cinta Itu Fairytale.[10]

Rujukan

WikiPedia: Eyka_Farhana http://www.azhan.co/biodata-eyka-farhana-artis-rem... http://www.budiey.com/eyka-farhana-pengacara-pada-... http://www.imdb.com/name/nm7670134/ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.bharian.com.my/node/83920?m=1 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eyka-farhana... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/saya-pe... http://www.mediahiburan.my/kakak-eyka-farhana-meni...